Sabtu, Ogos 21, 2010

this is what you f*ckin get when you f*ckin let your f*ckin heart f*ckin win

P.S. THX PARAMORE 11 MALAM PERDANA v6. TRANSLASI HATI DI SINI ADALAH HEART ;BUKAN LIVER HARAPMAKLUM TAKPAYAH NAK JADI KEBIOLOGIAN SANGAT.

Takziah hati, kau menang lagi. Jasmani rohani fizikal mental otak jiwa kaki saraf nadi neuron nephrone airmata hingus airliur vena arteri semua kalah mati. Takziah hati, kau menang lagi.


Apa kita dapat bila kita kalah dengan hati?

Banyak, adik-adik, banyak. Jadi jangan pernah, jangan pernah, jangan pernah mengalah. Apatah lagi ; terutama sekali dengan hati. Sebab sekali pun, sesaat pun kau kalah, bencana akibatnya kau rasa macam takkan pernah berakhir, jangka masa untuk pulih kembali seperti biasa ............ well.


(ayat karangan contoh incoming)
Salah satu implikasi tewas dengan hati adalah, seribu kali kau janji taubat nasuha untuk menggenjat tulisan-tulisan berbentuk emo-saiko-sial pun, seribu kali lah kau akan munafik mungkir janji tetap kembali ke jalan gelap memaksa hati emosi jari mengaksarakan perasaan yang terlalu diikutkan.

....


Kay, dah, tu je, pendahuluan je cukup ye adik-adik. Ramadan macam ni, aku simpan dulu munafik aku, sabar tenang, bakar semua emosi tu dalam hati yang bergelar juara ni. Ramadan ni, aku pasti makin banyak dan berat dugaan yang Tuhan bagi, makin kerap Tuhan cabar aku untuk terus sabar dan bertahan. Aku tahu aku fasik, tapi aku tak nak jadi munafik.


EH ADA LAGI LA ........


Tolong ah. Kau nak cabar aku? Aku dah lulus empat bulan kot.
Tiga bulan je lagi weh. Tiga bulan. Tambah tolak 12 minggu 90 hari. Aku taktau tiga bulan tu cukup ke tak untuk kau puaskan hati kau sakitkan hati aku, balas segala kekejian masa lampau aku yang kau tahan bukan sesingkat 3 bulan tapi lebih daripada 3 tahun, benci aku, rampas robek pijak ludah hati aku lagi dan lagi ; aku taktau cukup ke tak. Yang aku tahu, aku dah reti redha. Aku dah sedar, takde siapa lagi yang patut disalahkan selain diri aku sendiri, apatah lagi nak salahkan takdir, atau kau. Memang taik macam ni yang sepatutnya dan selayaknya aku terima untuk segala taik yang aku buat selama ni.

Ada orang pernah cakap dengan aku --CERMIN DIRI; lepas kau kencing, tolong tengok bayang-bayang kau sendiri dalam air mangkuk tandas tu, buruk tak buruk, hina tak hina.

Memang. Tak payah ada kuning hancing tu pun, aku dah (baru) sedar betapa hina, betapa jeliknya aku. Betapa tak berpijak di bumi nyatanya aku dulu. Betapa tingginya aku si pipit nak terbang bersama korang yang enggang.

Kejatuhan buat aku sedar. Terima kasih mangkuk tandas.

So bring it. Tiga bulan lagi, suka hati kau lah nak buat apa dengan hati aku. Lepas tu aku kau kita korang dah boleh blah daripada kejadah durjana ni semua. Aku boleh cakap aku dah redha. Serious. Tapi untuk cakap yang aku sumpah dah tak peduli, sumpah aku benci, sumpah aku jaki, tu akan jadi percakapan munafik. Sebab sayang, dan peduli, itu la yang masih berat menangkan hati.


Maaf. Aku janji sampai imsak sat gi je aku mencarut mengarut ni. Qalesya dah nak stat. Assalamualaikum.

Khamis, Julai 22, 2010

fffffffffffffff

post pengisi hihi

f_ck up -> forgive -> forget -> feel good
-> frappucino



break up -> birthday.HAPPY ADVANCED BIRTHDAY FAIZAL!

Rabu, Julai 21, 2010

pengguna sibuk

You can't make up your mind, mind, mind, mind, mind
Please don't waste my time, time, time, time, time - Eenie Meenie Miney Mo Lova JB SK

Aku memang hamba Allah yang lemah selemah-lemahnya. Hina pun ada la sikit kot.
Semudah mana aku terasa hati dengan orang,
semudah tu jugak lah aku maafkan orang tu.
In one split second.
Jiwa kepala hati aku yang f*ckin fickle ni, memang senang maafkan orang. Terlalu senang.
Lepas maafkan orang, kepala hati aku beransur jadi berat dengan tuduhan.
Tudingan jari, pindah daripada orang lain, tunjuk kat diri aku sendiri.
'Kesalahan' yang sebelum ni aku korek daripada orang lain, landing kat diri sendiri pulak.
That is, after I've forgiven said person, I'll start obsessing over how maybe everything was MY fault after all.
It's not you, it's me. I'm the one who has a fuckin problem with her own self.
Konflik diri.
Saiko.
Ibarat meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri jua. ??!!
Konsep Fuck Up-Forgive-Forget mungkin sangat mudah bagi aku, petik jari aku boleh buat. Tapi tak bermakna aku boleh expect ia mudah untuk orang lain sebagaimana ia mudah untuk aku yang fickle ni

Heh :( iSuck.

I keep asking you, What do you want from me? Kau nak aku buat apa lagi? It's always about what I want, I wanna know what YOU want.
And you keep responding, you don't want anything from me.
Ouch.
Then I realize. Duh. Aku sendiri pun tak pernah tahu apa aku nak kot?
I don't know what I want. I dont think anyone ever knows what they want.
In life, to know exactly what we want, is not really necessary, kan?
What's more, kita baru 17 kot. Keeee - kita dah 17 kot?
Because life is ever-changing, everything moves so fast.
Macam kau, moving on so fast. Too fast :/

//
Cerita Si Bodoh Dan Si Yang Diperbodohkan - Puisi Jiwa Kacau Ayyman Rahim

Aku masih di sini,
Tegak berdiri mengusung segunung tabah,
Mengheret seribu langkah kaki cuba melangkah segagah askar,
Tapi tertahankan langkah disini kerana rasa untuk kau yang terlalu,
Walau tahu kamu tiada lagi rasa yang dulu.

Salah aku,
Tak melangkah dikala kamu sudah berpimpinan tangan dengan dia,
Tak beransur pergi setelah kamu meludah aku kelmarin,
Tak faham betapa jijik dan tidak mahunya engkau pada aku,
Tak tahu bagaimana tingginya sudah hilang apa yang kita pernah ada kelmarin.

Kamu terlalu laju memecut menemu hati yang baru,
Aku terlalu perlahan mengundur mengusung moment dulu.
Kamu terlalu kental meludahkan kata yang kau tak mahukan aku,
Aku terlalu gila menghembuskan bahawa aku mahukan engkau sahaja.

Aku bodoh kerana dibodohkan propaganda sebukit yang kau bagikan kelmarin,
Aku bodoh kerana dibodohkan dengan janji hari-hari "aku cinta padamu selamanya",
Aku bodoh kerana dibodohkan dengan puisi-puisi karat yang bernilai tong sampah hitam,
Aku bodoh kerana dibodohkan oleh jiwa yang tak punya hati dan rasa manusia,
Aku bodoh kerana dibodohkan dan terus dibodohkan lagi dan lagi.

Haih.

Hari ini,
Jalanan kaki tetap gah langkahnya,
Mengharap hari seterusnya bakal menjanjikan kelip-kelip untuk aku,
Walau ku pasti metafora tak realisasi di alam benaran ini,
Dan ku bukan insan yang lazim bermandikan tuah,
Tapi ku pasti ada mungkin mataharinya nanti,
Mungkin?



Masa Kita - ATEN YUSRY

4 tahun.
1460 hari.
35040 jam.
2102400 minit.
126144000 saat.

Lupakan saya dalam masa dua minggu.
Adakan pengganti saya dalam kurang 14 hari.

Tahniah.
Awak memang superhero.